Thursday, 29 January 2015

Friendzone

Aku baru je lepas mengalami FRIENDZONE!!!!!!!!!!

dye ckp dye xboleh anggap aku lebih daripada seorang kawan

waeyo2???

nnti aku cerita lebih lagi..

rasa mcm nk demam je skrg ni....

Monday, 26 January 2015

RESULT

okay

esok result keluar

dugeun-dugeun

thump thump

lub dup

tapi masalahnya aku ada compound yg x settle lagi

xtau la boleh tgk result ke x esk

tu je nk cerita

kbai~~~~~~~~

Cinta Zulaikha

Apabila Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf a.s

bayangan Nabi Yusuf a.s. semakin menjauhinya
sehingga dia menderita dalam cintanya
memamah kehidupannya sehingga tua…

Akhirnya Zulaikha menyedari
keindahan Nabi Yusuf a.s. adalah bayang bagi penciptaNya
Maka dia mengatakan
kenapa dia perlu membuang masa dalam kehidupan
mengejar hanya bayang- bayang
kenapa aku tiada mengejar yang empunya bayang-bayang...


Maka Zulaikha mengambil keputusan
memalingkan jiwa, akal dan tubuhnya
mencari cinta empunya bayang-bayang
sehingga dia mencapai keasyikan yang tiada nilainya
fana segala bayang-bayang
maka nyatalah keindahan empunnya bayang-bayang...


Ketika itu keindahan Dzat Jamal yang dicintai
dengan kebesaran dan keagunganNya
menyalin jiwanya
dengan persalinan cinta dariNya
jiwanya disaluti cahaya emas makrifat
jiwanya penuh dengan tajalli Jamal Allah
namun Dia tersembunyi dari dilihat
pada kehidupan alam ini…

Ketika Nabi Yusuf a.s. diperintah Allah


agar berkahwin dengan Zulaikha
lalu baginda berkata:

" bagaimana aku berkahwin dengannya usianya yang lanjut
rupa dan tubuhnya bagaikan mayat yang berjalan"


Maka Allah berfirman:
" Kecantikan disisi Allah adalah hati.."
lalu keindahan hati Zulaikha dizahirkan Allah
sehingga bersinar kecantikkannya
maka tersilau Nabi Yusuf a.s. dengan keindahan itu
lalu dia menjadi pemuja Zulaikha
ditarik bajunya sehingga koyak ketika Zulaikha sedang asyik dengan TuhanNya...

Maka Baginda menyedari
bahwa diri Zulaikha tidak lagi memandang akan keindahan dirinya
tetapi memandang hanya pada Dzat Ahadiah
Raja bagi segala keindahan…


Karamah yang berlaku pada Zulaikha
dizahirkan Allah ketika di alam ini
itulah hakikatnya di akhirat nanti
keindahan seseorang berubah berdasarkan keindahan hati
segala keindahan tubuh akan hilang
yang akan zahir adalah keindahan jiwa
yang bertali makrifat dengan Allah…


Indahkan jiwamu wahai para pencinta
kerana Allah cintai keindahan
namun Allah tiada melihat keindahan tubuhmu
tetapi mencintai keindahan jiwamu…




muhasabah...


sekarang ni baru aku paham kisah cinta Zulaikha ni..

dulu tau separuh je

tau Zulaikha waktu dia goda Nabi Yusof je

xtau la plak akhirnya dia berubah

betol la, pengakhiran sesorang tu yg penting

never judge a person based on their past

dan akhirnya aku faham lirik lagu ni


https://www.youtube.com/watch?v=0Q-UD948_K8

a nice song btw..

Sunday, 25 January 2015

KL ViEw

bukit ampang

hai

tau x gambar atas di ambil kat mane?

haaa, td scroll2 instagram, ternampak ada kwn ak share gmbr ni..

ni la bukit ampang..

boleh tgk view kl dari sini

lawa kot

tp kena pegi malam la

haritu ade org ajak pegi sini

tapi masa tu pukul 12 malam

dan org yg ajak tu lelaki

memang x lah aku nak keluar..

nak kena marah dgn mak ayah ak kluar mlm2 dengan budak laki

sesungguhnya, walaupun mak ayah aku xde di sisi. aku still jaga nama baik dyeorg

xmanis la kluar mlm2 ni.. aok tu anak dara

lagipun mase tu aku dah siap2 nak tido

tapi serious lawa ar view dye ni

bila la aku boleh gi sini

lepas kawin kot, pegi dgn hubby

ahaksss

kbai


Friday, 23 January 2015

11 Cara Paling Smart Nak Bagi Hint Dekat Crush

sejoliii
Perasaan suka dan minat terhadap seseorang kadang-kadang datang bukan atas kehendak kita sendiri. Perwatakan, sifat, dan kelakuan si dia seolah memberi isyarat ‘ya, saya masih single!’. Jadi salah siapa kalau hati ini tiba-tiba terpikat?
Jangan risau sebab hari ini kami ingin berkongsi 11 cara paling smart nak bagi hint dekat crush. Mulakan langkah anda sebelum disambar pesaing lain.
P/S : Korang tak perlu sediakan pensil atau kertas, sebab kami bukan majalah Remaja yang siap suruh buat calculation bagai.

Tweet Pasal Diri Si Dia Selang 2 Minit. Bayangkan Kalau Sejam?

tweet
Sebagai langkah permulaan, follow  twitter si dia dan tweet tentang dirinya sekerap yang mungkin kalau boleh selang 2 minit. Jangan mention secara terang-terangan tetapi tweet apa yang paling dekat dengan diri dia. Followers mungkin akan cakap korang dah angau tapi teruskan, bak kata Dato Seri Vida Qu Puteh ‘there is no elevator to success, you have to take the stairs‘. Kejayaan bagi cara ini diukur apabila si dia favourite tweet korang.

Upload Foto Di Instagram Dengan Caption Deep

deep
Korang mesti pernah berhadapan dengan situasi dimana kawan-kawan dekat Instagram post foto yang tak ada kena mengena dengan kapsyen. Sebagai contoh foto selipar tapi kapsyen pasal percintaan. Korang boleh cuba cara ini, post foto mangkuk tandas dan kaitkan kapsyen dengan minat korang dekat si dia.

Pinjamkan Kereta Seberapa Lama Yang Si Dia Mahu

kete
Selalunya bab bagi pinjam kereta ini sesuatu yang agak sensitif. Tapi tak apa, tunjuk kebaikan dirikorang dengan menawarkan kereta kepada si dia. Kalau dia dah ada kereta, suruh dia simpan kereta itu, tak apa pakai kereta korang je. Sanggup ke tidak?

Buat Semua Kerja/Assignment Si Dia Kalau Gigihlah

busy
Tunjuk lagi sifat terpuji diri korang. Kali ini tawarkan diri untuk buat semua kerja/assigment si dia. Iyalah kalau dah suka, lautan api sanggup direnangi ye tak? Setakat kerja/assigment yang mudah itu apa lah sangat.

Kekalkan Jarak Yang Dekat Dengan Si Dia

kucing
Nampak macam agak scary tapi cara ini sesuai bagi memastikan si dia sentiasa berada dalam lingkungan radar korang. Kot tiba-tiba si dia terjatuh sebab terpijak pisang, ini lah masa yang sesuai untuk korang sambut dan peluk si dia. Jangan bash kami sebab drama melayu selalu buat.

Senyum 24 Jam Macam Ronald Mcdonald Apabila Berjumpa

donald
Ingat pesanan Dato Seri Vida Qu Puteh ‘there is no elevator to success, you have to take the stairs’? Senyumlah sebanyak mungkin walaupun ada yang akan cakap korang gila.

Hadiahkan Seutas Rantai Emas Poh Kong Jika Perempuan

pohkongg
Cuba cakap perempuan mana yang tak suka emas? Lagi-lagi kalau bagi free. Korek tabung dan cuba buat surprise dengan menghadiahkan seutas emas Poh Kong untuk si dia. Kalau bagi emas pun tak jalan, tak tahu lah nak cakap apa. Maknyah pun suka emas.

Hadiahkan Console XBOX 360 Jika Lelaki

xbox
Lelaki mana yang tak turn on apabila dihadiahkan sebiji XBOX 360? Bagi lelaki maskulin, ini petanda bahawa korang betul-betul faham akan minat dia. Untuk buat si dia major turn on, main game tersebut bersama-sama.

Standby Baju Pelbagai Warna, Kalau Dia Pakai Warna Biru, On The Spot Tukar Warna Tu

change
Untuk menampakkan pada si dia yang jodoh korang berdua sungguh kuat, pakai baju yang sama warna. Jadi untuk merealisasikan cara ini, beli dan standby baju bermacam-macam warna. Kalau si dia pakai warna pink sekalipun, pakai juga!

Nyanyi Lagu Siti ‘Betapa Ku Cinta Padamu’ Apabila Berselisih

http---makeagif.com--media-1-22-2015-kysmqX
Cara ini mungkin lebih direct apabila cara-cara yang lain tidak berkesan. Set masa yang sesuai untuk berjalan dan berselisih dengan si dia sambil menyanyikan lagu Siti Nurhaliza ‘betapa ku cinta padamu’.

Kalau Dah Semua Tak jalan, Move On Jela. Dia Mungkin Dah Berpunya

move on
Cara terakhir ialah move on tanpa mengucapkan selamat tinggal. Memang sukar tapi apakan daya korang tak cukup cantik dan kacak untuk memikat hati si dia. Beli dan pakai produk qu puteh qu puteh baru lah puteh. Selepas 3 bulan, kembali ulang step yang pertama! Haha! Selamat mencuba.

got this from http://www.ohbulan.com/..
masalahnya, aku dah deactivated twitter,
dia xde instagram and twitter.
aku xde kereta
assignment ak pon x terbuat, nk buat assignment org
watching from a distance n smile like a mcdonald? jumpa pon once in a while... maklumlah course lain2.. haha
xde duit ak nk beli xbox..
suara ak x sedap
hahaha..
move on je la tanpa ucap selamat tinggal.. ~~~

Tuesday, 6 January 2015

KAYA

apesal la semua orang cakap kau kaya

kaya sangat ke kau?

ntah, bagi aku kaya tu duniawi je

aku kawan dengan kau sebab kau

bukan sebab kau kaya ke apa

bagi aku, bila berkawan never judges your friend's economic status

unless dye tu miskin sngt n perlukan bantuan

dan kalau kau ade rezeki lebih ke,boleh bagi pinjam duit ke

dan berbalik kisah kau ni

kau kaya ke, miskin ke, aku x kisah

yg aku kisah kau pandai

yes, aku kagum gila dengan orang yg pandai ni

pandai mcm hero dlm cter 3 idiots tu.

ciri2 lelaki idaman aku.

1. beriman - dan mengamalkan ajaran Islam

2. pandai - dapat dean list setiap sem

3.

4.

5.

nanti aku fikir ciri2 yang seterusnya tu..




TIPU

Kau kata kau xsedih kalau nnti dye kawin dgn org lain

ni kawan kau tanye crush kau ade awek ke x, tiba2 rasa sedih sngt ni knp?

sobs2

penipu

cakap kat diri sendiri

susah nk lupakan sesorang tu macam tu je

unless you get someone yg sama mcm dye

*nyanyi lagu someone like you*

susah nak move on. ~~~~~~~~~~~~