Wednesday, 19 December 2012

Handsock

assalamualaikum..
 hmm, hari ni saya nak cakap pasal handsock.. korang tau x handsock tu ape?
 ni gambar dye eh.. hehe

fungsi handsock ni sebenarnya supaya kita dapat menutup aurat kita iaitu lengan dengan sempurna.. pakai handsock ni sebenarnya x wajib pon.. yang wajibnya adalah tutup aurat.. tapi sebagai seorang remaja perempuan yang aktif, kadang2 walaupun kita telah memakai baju berlengan panjang, kadang2 lengan baju kita terselak sehinggalah menampakkan aurat kita yang tak sepatutnya dilihat.. so, ini lah fungsi handsock ni sebab handsock ni jenisnya melekat di tangan kita.. so, insyaAllah tak terselak lagi.. tapi gegurlz sekalian, tolongla jangan pakai macam gambar kat bawah ni ye.. ni bukan menutup aurat namanya tapi membalut aurat..


sebenarnya aku dulu pon tak  pakai handsock ni jugak.. kalau pakai pun jarang2 je.. tapi semuanya berubah selepas satu festival kat universiti aku .. sewaktu festival ni berlangsung terdapat  jualan yg menjual baju, tudung dan termasuklah handsock ni jugak.. dan aku dapati ramai dalam kalangan classmates aku mula memakai handsock ni selepas festival berlaku.. mungkin beli mase jualan tu kot.. macam trend plak..termasuk best friend aku yg sebelum ni tak pakai handsock pun beli jugak handsock.. dan melihat situasi ni, aku pun terasa nak pakai handsock jugak.. tiba2 je rasa nak istiqamah pakai handsock.. tak pakai, bukak macam sebelum ni.. dan alhamdulillah, aku masih cuba untuk istiqamah sampai sekarang.. sekarang ni kalau nak  angkat tangan buat peace ke, tak payah risau2 lagi nak pegang2 hujung baju sebab aurat selamat ditutup dengan handsock..  



so kawan2, mai lah kita same2 menutup aurat dengan sempurna ye..stokin jangan lupa pakai ye.. baju mesti lengan panjang, jangan suku2 je.. lengan make sure tak nampak, sebab bahagian anggota badan wanita yg  boleh dilihat oleh bukan mahram hanyalah muka dan tapak tangan je tau..

p/s: sorry, tudung doodle tu tak cukup syarat lagi  untuk menutup aurat dengan sempurna kot.. sebab sepatutnya tudung tu tutup sampai ke dada.. Allah berfirman dalam surah An-nur, ayat 31 :

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. 

wassalam..



ada apa pada nama

ada apa pada nama.. bukan ada apa dengan cinta ye.. 
nama merupakan pengenalan diri kepada seseorang.. ( skema nyer ayat.. huhu).. dan setiap ibu bapa hendaklah memenuhi hak seorang anak itu dengan memberikan nama yang baik.. Nama mempunyai suatu pengaruh yang signifikan dalam kehidupan kita. Daripada nama kita dapat mengetahui ras seseorang serta status agamanya. 

maksud nama awk ape??
tapi, sebenarnya aku paling benci dan anti bila orang suka mempersoalkan nama seseorang itu.. contohnye : 'nama awk maksudnyer apa? or eh, pelik nyer nama awk.. 

ye, aku sangat tak suka orang macam tu.. sebab nama aku agak unik, bukan pelik ye.. so, masa aku zaman persekolahan, soalan seperti berikut sering ditanya kepada aku.. dan aku rasa sangat annoying bila orang tanya maksud nama aku sebab aku tak tahu maksud nama aku.. dan pertanyaan sebegitu telah menyebabkan aku sangat tidak suka dengan sesi perkenalan diri.. hal ini bermula sejak form one sampailah form five.. mase sekolah rendah, xde la pulak org sibuk2 nak tau maksud nama aku. tapi sejak masuk sekolah menengah, manusia di sekolah aku ni sangat inquiry tentang nama aku.. dan kadang2 aku rasa nak menangis je bila ade orang kata nama aku xde makna, pelik la.. rase nak je cakap, so what!!?.. tapi oleh kerana mak ayah aku ajar aku jadi manusia yang beradab, aku senyum je..

keadaan ni juga telah menyebabkan aku bertekad untuk menyambung pelajaran ke oversea.. kerana aku yakin orang kat luar negara tak amik hal sangat tentang nama2 ni.. tapi  oleh kerana result spm aku so-so je, aku pun belajar je la kat dalam negara di selangor.. dan yang best nyer kat universiti ni, persepsi tentang nama aku berubah,, bila aku introduce nama aku, xde lagi  soalan2 yang annoying bagi aku.. malah ada yang cakap, eh cantiknyer nama awak.. huhu.. berbunga2 hati.. kalau org2 kat sekolah aku dulu macam ni jugak..

so, kesimpulannya, jangan jadi menyibuk sangat.. prihatin x pe..
nak tanya soalan apa2, fikir dulu sensitiviti orang lain..:)

p/s: saya suka belajar kat universiti.. so, kanak-kanak yang berada di bangku persekolahan, belajar rajin2 ye.. biar dapat masuk universiti,, kalau boleh sambung study kat oversea lagi best.. 

adios.

Sunday, 25 November 2012

First Time

yeah.. alhamdulillah akhirnya aku ada blog sendiri.. sebenarnya dah lama aku nak ada blog sendiri, sejak zaman sekolah lagi, sejak aku tau apa itu blog. Dengan minat aku yang suka membaca blog ini, aku pun bercita-cita la nak buat blog sendiri.. tapi mase tu tak ade laptop lagi.. nak guna komputer kat rumah, x best la, nanti mak aku tengok apa yang aku tulis ni.. tambahan pula kat rumah aku xde internet connection.. dan bila masuk universiti, akhirnya ayah aku bagi laptop.. hehe... best nyer.. tapi still xde internet connection.. kat uni aku, wifi sangat lambat... biasanya kat bilik aku tu dapat dua bar je connection.. selepas satu sem aku kat universiti, abah tnye aku nk guna broadband ke? of course la naakkk.. haha.. sebab menyedari kepentingan internet connection plus sebab kakak aku pun ade broadband sendiri ( mestilah kena adil terhadap anak2 kan) aku pun register P1 4G.. mase tu p1 sediakan plan yg paling murah la aku rase.. rm4o sebulan.. mase tu x de lagi broadband skmm.. tapi kekangan masa yg aku ade menyebabkan hasrat nak buat blog ni tertangguh lagi.. pernah skali aku try buat blog ni tapi x jadi.. x tau ape masalahnya.. dan aku melupakan hasrat untuk buat blog ini... tapi hari ini, ayah aku ade minta idea untuk buat tulis something. dan aku yang kekeringan idea ni sebab dah hampir setahun lebih tak mengarang esei   ( maklumlah sekarang ni kat uni aku belajar chemist, fizik, x de nye nak buat esei macam kat sekolah dulu) xdapat la memberikan idea yang bernas..sebelum tu abah ade cakap, biasanya kakak bagi idea yang best.. tapi sekarang kakak x cuti lagi.. selepas abah cakap macam tu, aku fikir aku ni memang jenis malas nak fikir2.. so, aku rase untuk menajamkam fikiran aku ni aku kena buat something.. contohnye, membaca, menulis.. hah, menulis. timbul idea nak tulis blog. memandangkan cuti aku masih berbaki sebulan lebih, aku pun decide nak buat jugak blog.. bukak laptop, google cara nak buat blog.. dan akhirnya jadilah blog ini..

nama lolipop lover dipilih sebab aku rase lolipop tu comel.. tapi takkan nak tulis lolipop je sebagai title blog.. so, aku pun tambah la perkataan lover tu.. padahal x minat mane pun lolipop..
alamat blog tu plak berasal dari perkataan latin. femella maksudnye young woman or girl.. yes, i am a young woman at this moment..

dan aku berharap jgk dengan terhasilnya blog ni, aku boleh practise menaip dengan lebih laju,, maklumlah aku kalau bab menaip ni memang macam kura-kura dan banyak typing error..